Punca kesakitan Endometriosis

Cara endometriosis menyebabkan kesakitan merupakan topik banyak penyelidikan. Kerana ramai wanita dengan endometriosis merasai kesakitan semasa atau berkait dengan haid mereka dan mungkin menumpahkan lebih banyak aliran haid kedalam pelvis setiap kali haid, sesetengah penyelidik cuba mengurangkan kejadian haid bagi pesakit dengan endometriosis.

Tisu endometrial bertindak balas kepada simulasi hormon dan mungkin :berdarah" pada tempoh haid. Ia berkumpul setempat, menyebabkan bengkak, dan mencetus tindak balas keradangan dengan pengaktifan cytokines. Ia dipercayai bahawa proses ini mungkin mendorong kepada penerimaan kesakitan.

Endometriosis dipercayai keadaan auto-immune dan sekiranya sistem immunisasi diancam dengan alahan makanan, dengan itu menyingkirkan makanan tersebut dari permakanan boleh berkesan bagi sesetengah orang. Alahan biasa bagi mereka dengan endometriosis adalah tenusu dan gandum. [7]